Dah masuk bulan April tahun 2016 ni... So dah hampir sebulan lebih juga saya berhijrah ke unit baru.. Satu unit yang tidak asing bagi saya kerana inilah unit saya ditempatkan masa mula-mula posting kerja sebagai penjawat awam.....12 tahun yang lalu.. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya..semuanya semakin baik.. Dapat rakan sekerja yang sama-sama sangat supportive, dan very independent.. Semua orang tahu tanggungjawab masing-masing.. Cuma saya yang masih tidak ada komputer untuk membuat kerja..huhuhu.. Kadang-kadang rasa malu terpaksa menumpang tempat orang lain bila nak buat kerja.. Harap-harap sementara je kan.. Dan nampaknya dunia blog sesekali saja saya sempat jengah dan jarang sekali nak post new entry.. Because why??? Sebab saya dah sedar, saya tak nak jadi orang yang beremosi..melepaskan segala rasa melalui entry blog.. Saya bertekad hanya mahu menyampaikan cerita atau maklumat yang bermanfaat saja melalui blog saya..wahh...saya dah semakin matang nampaknya ka...