
Subhanallah, Walhamdulillah..Menitis air mata saya tatkala merenung hikmah di sebalik kurniaan Allah terhadap ibu yang mengandung. Dan itulah yang saya mahu kongsikan dengan pembaca dalam entry kali ini.. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama. Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Rasulu...